Kedua-dua perkara tersebut adalah asasi dan akan menentukan rebah bangun negara, tegas baginda.
Keamanan yang bertahan lama dan mantap titah baginda adalah segala-galanya, manakala kemakmuran yang berterusan menjadi idaman kepada semua.
Baginda bertitah menegaskan demikian di Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Ke-64 Tahun yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buawa, Istana Nurul Iman, di sini.
Baginda sebagai ketua negara seterusnya bersyukur, kerana Allah Subhanahu Wata'ala telah mengurniakan kepada negara dan rakyat serta penduduk di negara ini dengan pelbagai nikmat, yang berupa keamanan dan kemakmuran.
Walau bagaimana pun titah baginda, bagi menanai dan memelihara keamanan dan kemakmuran adalah memerlukan usaha yang berterusan demi kelangsungan dan kemantapannya, di mana semua itu memerlukan kita menanai dan memeliharanya dengan konsisten.
Baginda berpendapat negara yang aman adalah negara yang selesa; iaitu selesa untuk berkembang dan membangun manakala makmur, akan menjadikannya lebih mudah untuk melakar kemajuan.
"Inilah rahasia keamanan. Kerana itu, adalah menjadi kewajipan utama bagi agensi-agensi yang berkaitan untuk mengambil tanggungjawab penuh terhadapnya. Sementara rakyat pula, hendaklah memberikan kerjasama yang padu," tegas baginda.
Sementara di dalam usaha mengekalkan kemakmuran, baginda berpendapat boleh memakai dasar dan kaedah-kaedah biasa, di mana kita perlu mengikut perkembangan semasa di era globalisasi masa kini. Iaitu orang lain bersaing, melabur, mempelbagaikan ekonomi; kita juga perlu bersaing, melabur dan berusaha mempelbagaikan ekonomi negara dengan mengharung apa jua cara yang sesuai untuk kelangsungan kemakmuran negara.
(Oleh : Zabaidah binti Haji Salat)
elak tabi'at suka berhutang
AMBD akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 iaitu selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dalam hal ehwal kewangan, yang akan bertanggungjawab ke atas dasar-dasar monetari, pengawalseliaan institusi kewangan dan pengurusan kewangan.
Di samping itu dengan penubuhan AMBD baginda yakin akan dapat mengelakkan cara dan tabi'at tidak sihat, seperti tabi'at suka berhutang tanpa menghiraukan risiko bebanan hutang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah memaklumkan demikian di Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Ke-64 Tahun yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di sini.
Menurut baginda, kajian ada menunjukkan bahawa krisis kewangan dunia turut dilihat sebagai punca bebanan hutang.
Fenomena ini, jelas baginda amat mengerunkan dan telah dapat dikesan, yang mana bukan sahaja dialami oleh pihak individu, keluarga dan syarikat perniagaan menanggung hutang tetapi juga terdapat negara yang membuat pinjaman berlebihan sehingga menjadikan negara tersebut tergugat dan bahkan kestabilan ekonomi dan kewangan dunia turut terjejas.
Menyedari akan bahaya berhutang itu, kerajaan baginda semenjak beberapa tahun kebelakangan ini telah mengamalkan dasar berhemah dan berjimat cermat di dalam berbelanja dengan menekankan 'value for money' serta menabung lebihan pendapatan kerajaan, demi kemakmuran yang ada sekarang akan terus dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Dalam pada itu baginda juga melahirkan rasa gembira mengenai dengan berita memberangsangkan dari 'The World Economic Forum's WEF) Global Competitiveness Report 2008-2009', yang menjelaskan bahawa Negara Brunei Darussalam telah menduduki tempat teratas dari sudut pengurusan hutang kerajaan, dengan mengambil kira negara ini tidak mempunyai hutang awam.
Sementara itu, negara juga mendapat kedudukan yang kedua daripada 134 buah negara dari aspek kekukuhan makroekonomi, titah baginda.
(Oleh : Zabaidah binti Haji Salat)
Menurut baginda, keutamaan terus diberikan kepada subjek-subjek teras dan pengisiannya yang juga turut menyangkut pendidikan ugama kerana kita mesti melihat kepentingan sekolah-sekolah rendah ugama selaku keperluan dan tuntutan zaman.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian di Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-64 Tahun yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada 3 Sya'aban, 1431 bersamaan 15 Julai 2010.
Keperluan di sini, titah baginda menjadikan semua anak-anak orang Islam di negara ini celik ugama yang tentu sahaja melalui sistem pendidikan yang dominan mendaulatkan ugama.
"Di manakah tempatnya?. Bukanlah di rumah atau lain-lain tempat, tetapi di Sekolah Ugama itu sendiri," Titah baginda lagi.
Kita melihat ini, titah baginda bukanlah masa setahun dua, tetapi bagi jangka panjang, demi survival bangsa. Kerana tanpa ugama atau lemah ugama, akan menghumbankan kita kepada bencana.
Baginda bertitah, lihat saja kepada beberapa episod permasalahan dalam masyarakat, yang menjangkiti banyak peringkat terutama muda mudi dan juga anak-anak sekolah. Mereka terjerumus ke dalam pelbagai kancah seperti pergaulan bebas, jenayah dan dadah sehingga ditangkap dan dipenjarakan di negara asing kerana terlibat dengan sindiket dadah.
Menurut baginda, ini tidak boleh dipandang sepi, selaku bangsa yang sedar kita mestilah mengubatinya dan satu-satunya dalam menangani masalah ini, ubat itu ialah ugama.
Baginda juga pernah bertitah demikian sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada 9 Mac 2009, dalam situasi dunia mengalami pelbagai penyakit moral dan cabaran semasa, suri teladan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan para sahabat mustahaklah dilihat. Ibarat orang yang sakit, kita tidak wajar diam melainkan perlu mencari ubat
Satu contoh penyakit itu ialah penyakit 'kurang celik atau lemah agama'. Apakah ubatnya penyakit ini kalau berpandukan suri teladan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam?
Ubatnya itu, menurut suri teladan baginda, ialah pembelajaran seumur hidup, berdasarkan maksud hadis: "Menuntut ilmu itu wajib ke atas orang Islam lelaki dan perempuan". Ini dikuatkan lagi dengan ada ungkapan: Dari buaian sampai ke liang lahad. Kalau konsep belajar apa jua ilmu, disuruh sampai ke liang lahad, maka bukankah ilmu agama itu terlebih afdal dan wajib lagi?
Menurut titah baginda lagi, inilah nampak, untuk kita dapat 'survive' selaku bangsa dan negara yang aman jaya, maka tidak boleh tidak, pendidikan agama mestilah wajib ke atas tiap-tiap batang tubuh Muslim itu, dan Insya-Allah dengan cara ini, semua akan mendapat berkat dan cahaya daripadanya.
(Oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor)
perlu terus ditingkatkan
Baginda mahu Perkhidmatan Awam secara berterusan akan menilai kekuatan dan kelemahannya berasaskan Key Performance Indicator yang telah ditetapkan, kerana dengan cara demikian sahaja kita dapat menyukat setakat mana Perkhidmatan Awam dapat melaksanakan tanggungjawabnya, dan memenuhi harapan negara dan orang ramai.
Baginda bertitah demikian di Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di sini.
Sejajar dengan keperluan-keperluan utama dalam Perkhidmatan Awam, baginda telah dan sedang menangani bagaimana untuk mempercepatkan penyediaan perumahan awam yang bersesuaian, melalui Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan iaitu dengan menetapkan sasaran dan langkah bagi memenuhi permintaan rakyat dan penduduk di negara ini, termasuk rancangan pembinaan rumah-rumah yang diungkayahkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei.
Melalui langkah-langkah berkenaan, baginda berharap pengagihan perumahan akan lebih dapat dipercepatkan.
Dalam pada itu baginda seterusnya menjelaskan bahawa negara akan bergerak dalam pembangunan yang lebih kondusif bagi pelaburan dengan meningkatkan pemeliharaan alam sekitar dan kualiti kehidupan.
Bagi tujuan itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kini sedang mengungkayahkan pembangunan Bandar Seri Begawan melalui Penyediaan Plan Induk BSB.
Manakala di bidang perkhidmatan kesihatan pula, baginda bertitah menekankan perlunya Kementerian Kesihatan mengukuhkan lagi dasar-dasarnya serta menilai sistem dan pengurusan kesihatan khasnya kapasiti dan kualiti sumber tenaga kedoktoran dan professional lain.
"Kita tidak mahu rumah sakit kita menjadi bayang-bayang yang menakutkan, hanya kerana doktor-doktor selalu gagal dalam memberikan khidmat mereka," tegas baginda.
Dalam titah itu, baginda juga menekankan pentingnya bidang permakanan terus dilipatgandakan, bagi menghampiri sasaran sara diri yang negara cita-citakan, di samping menitik beratkan tentang keselamatan makanan, sama ada yang bersumber daripada dalam, mahu pun luar negara.
Bagi tujuan itu baginda menyeru Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama supaya memastikan dan melaksanakan langkah-langkah penilaian dan kawalan iaitu meliputi dalam semua aspek kehalalan, kebersihan dan keselamatan makanan.
Menyentuh mengenai arena antarabangsa, baginda bertitah akan terus mengamalkan dasar saling hormat menghormati serta bekerjsama bagi semua pihak.
Ianya termasuklah di peringkat ASEAN yang dipandu oleh halatuju Piagam ASEAN.
Sementara dalam pertubuhan antarabangsa yang lain seperti APEC, OIC, Komanwel dan lain-lain, negara juga akan terus mengekalkan peranan didalam pertubuhan-pertubuhan tersebut.
(Oleh : Zabaidah binti Haji Salat)
85 penerima dikurniakan
bintang-bintang kebesaran
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan menganugerahkan Bintang Kebesaraan Negara Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) Kepada Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah. (Foto : Masri Osman)
Mendahului senarai penerima Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K) ialah isteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir disusuli oleh Yang Amat Berbahagia, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang membawa gelaran Dato Laila Utama.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan menganugerahkan Bintang Kebesaraan Negara Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) Kepada Yang Amat Berbahagia, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
(Foto : Masri Osman)
Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J.) yang membawa gelaran Dato Seri Laila Jasa pula dikurniakan kepada dua orang penerima iaitu Mr. Rodman R. Bundy dan Professor Alan Vaughan Lowe.
Manakala 23 penerima pula dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran Dato Paduka.
Mereka ialah Timbalan Menteri Kewangan, Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Juruaudit Agong, Awang Haji Mahadi bin Haji Ibrahim, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Awang Haji Abd. Ghafar bin Haji Ismail; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke India, Tuan Yang Terutama Awang Haji Sidek bin Ali dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Geneva, Tuan Yang Terutama Janin bin Erih.
Juga menerima ialah Setiausaha-setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri terdiri dari Awang Haji Murni bin Haji Mohamed, Awang Sa Bali bin Abas dan Awang Haji Omar bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yussof dan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Awang Haji Mohd. Daud bin Haji Mahmud.
Seterusnya menerima, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Mohd. Taha; Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Doktor Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohammad Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman.
Juga menerima Naib Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB), Doktor Awang Haji Omar bin Haji Khalid; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Rosli bin Haji Mustafa; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
Lain-lain penerima ialah Awang Haji Mohd. Nur Lubis bin Abdul Razak, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Samad, Pengiran Maun bin Pengiran Haji Said, Awang Lim Seng Kok, Dayang Hajah Seri binti Haji Simpun dan Dayang Hajah Zasia binti Sirin.
Manakala sepuluh penerima lagi dikurniakan Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B) terdiri dari Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Awang Haji Johar bin Haji Mohammad, Awang Haji Kamis bin Haji Ali, Awang Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin, Pengiran Haji Yunus bin Pengiran Haji Mohd. Salleh, Awang Haji Zaidin bin Haji Ibrahim, Datin Dayang Hajah Maliha binti Haji Sanif, Dayang Hajah Salmiah binti Mohd. Yusof, Dayang Hajah Siti Azizah binti Haji Musa dan Dayang Hajah Nora'aini binti Haji Abu Bakar.
Sementara itu 41 orang dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B) yang didahului oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Dayang Hajah Adina binti Othman; Ahli Majlis Mesyuarat Negara,Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos; Timbalan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Awang Haji Mohd. Rosli bin Haji Sabtu; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Mohamad Zin bin Haji Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Mahmud bin Haji Mohd. Daud.
Juga menerima, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Awang Haji Ibrahim bin Haji Hassan; Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Awang Bahrin bin Mohd. Noor; Pemangku Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Pengiran Haji Abdul Wahab bin Pengiran Haji Omar; Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Pengiran Haji Mohammad Ali bin Pengiran Haji Othman; Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Marzuke bin Haji Mohsin; Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Muhammad Husain; Pegawai Daerah Belait, Awang Metusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba.
Seterusnya menerima Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Awang Haji Mohd. Zakaria bin Haji Sarudin; Pengarah Perhutanan, Awang Haji Saidin bin Salleh; Juruukur Agong, Awang Haji Mohd. Jamil bin Haji Mohd. Ali; Ketua Pos Agong, Awang Haji Abdul Kadir bin Tengah; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Awang Haji Mohamad bin Pengiran Asgar Dato Paduka Haji Abdullah.
Penerima seterusnya Pengiran Haji Mohd. Tahir bin Pengiran Haji Yusof; Awang Lim Jock Jin; Awang Haji Mohammad Husin bin Metassan; Awang Song Kin Koi; Awang Haji Umar bin Haji Mohd. Tahir; Awang Haji Abd. Wahab bin Haji Tuah; Haji Awang bin Haji Mat Daud; Awang Mohidin bin Haji Daud; Pengarah Awang Haji Mokti bin Md. Salleh; Pengarah Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Naim; Pengarah Awang Haji Abdullah Sunny bin Haji Bakar; Mejar (B) Awang Haji Tahamid bin Haji Kula; Awang Haji Abd. Aziz bin Abd. Latif; Awang Ang Swee Chuan dan Dayang Hajah Rosliah binti Haji Hasbollah.
Lain-lain penerima, Pengarah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Awang Mohd. Jamil; Datin Dayang Hajah Shireen binti Haji Mustapha; Dayang Emaleen binti Abdul Rahman Teo; Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan; Dr. Dayang Hajah Fatimah binti Haji Abd. Hamid dan Dayang Hajah Asmah bin Haji Saman.
Manakala seorang dikurniakan Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Ketiga (S.L.J.), Mr.Kichinosuke Sada.
(Oleh : Hezlinawati Haji Abd. Karim)
kepada 13 penerima
Mereka ialah Menteri Kesihatan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Yusof; Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng; Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Haji Awang Mohammad Yasmin bin Haji Umar.
Juga menerima Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal dan Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Awang Ibrahim.
Seterusnya menerima Timbalan Menteri Hal Ehwal dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yusof; Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar dan Dato Setia Awang Davinder Singh.
(Oleh : Hezlinawati Haji Abd. Karim)
No comments:
Post a Comment